PENGENALAN

Suri Catering & Event Services Sdn Bhd (SCES) yang pernah dikenali sebagai Suri Catering Sdn Bhd adalah sebuah syarikat katering dan pengurusan majlis yang kukuh dan terkenal dalam mengendalikan perniagaan katering makanan dan minuman serta segala kelengkapan majlis rasmi atau tidak rasmi. Sejak tahun 1989, syarikat kami telah menempah nama dalam perusahaan katering umumnya di sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang, Shah Alam & Putrajaya.

SCES diasaskan oleh Pn. Sharifah Sharizad Binti Syed Alwi Shahab, yang kini sudah mencecah 21 tahun, sememangnya dikenali ramai sebagai pengusaha makanan bermasak Islam yang menitikberatkan mutu, kualiti kebersihan , dan makanan lazat yang memenuhi citarasa semua lapisan kaum. Kami juga mampu menyediakan pelbagai makanan bermasak Melayu yang halal, hidangan antarabangsa, hidangan Ala Koktail, hidangan Jawa (Indonesia) serta lain-lain juadah yang bercorak muhibbah.

SCES berpengalaman luas dalam menyediakan perkhidmatan katering serta seluruh kelengkapan majlis serta susun atur acara majlis yang pasti memuaskan hati pelanggan. Daripada majlis yang ringkas hinggalah ke majlis-majlis rasmi di sektor, kerajaan, swasta mahupun individu. Kami mempunyai kakitangan yang cekap dalam pengendalian makanan dan operasi, kanopi dan seluruh kelengkapan dan pengurusan majlis serta layanan eksklusif kepada tetamu-tetamu yang hadir. SCES juga menyediakan khidmat perundingan majlis kepada pelanggan dalam membantu untuk menjadikan majlis lebih bermakna dan sempurna contohnya dalam memilih tema atau konsep.

Kini, senarai pelanggan SCES semakin meluas dan terus berkembang dari masa ke semasa disebabkan mutu perkhidmatan katering yang berkualiti, bersih, kemas serta memenuhi standard. SCES telah mewujudkan satu pasukan kakitangan yang cekap dan professional untuk mengendalikan pelbagai majlis agar sentiasa konsisten dan terbaik. Faktor inilah asas serta kunci kejayaan kami.


VISI, MISI & POLISI

VISI
Kompetitif
Berdaya Maju
Bertanggungjawab
Professional
Cemerlang dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.

MISI
Ingin mencapai mutu perkhidmatan kerja yang lebih berkualiti
Bersih & Higenik
Menyediakan makanan yang berkualiti & lazat
Memberi layanan mesra pelanggan, Pengurusan majlis yang efisyen dan berdaya kreatif


MAKLUMAT PENGURUSAN PENTADBIRAN

Bahagian Pengurusan & Korporat
Sharifah Sharizad Syed Alwi Shahab - Chairman
Nurbaiti Mustafa Kameel - Chief Executive Officer (CEO)
Ahmad Anas Mustafa Kameel – Chief Operating Officer (COO)

Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran

Bahagian Akaun
Noormaiza Mamat – Finance Executive
Khamsiah Binti Amiruddin – Finance Executive

Bahagian Sumber Manusia
Nor Syamsiah Binti Shaari – Human Resource Executive

Bahagian Jualan & Pemasaran
Intan Erdiana Abdur Rahman – Sales Coordinator
Salwani Binti Latif – Sales Coordinator

Bahagian Operasi
Noorhisham Bin Abdul Patah – Operation Executive
Ahmad Ridhuan Bin Ismail– Operation Supervisor

Bahagian Pembelian
Syafiqah Izyan Bin Ramlan

Bahagian Dekorasi
Ahmad Daniel Abd MAnaf



MAKLUMAT SYARIKAT

Nama Syarikat : SURI CATERING & EVENT SERVICES SDN BHD
Alamat Syarikat : No. 1, Lorong Ibukota 1, Off Jalan Ibukota 5,
Taman Ibukota, 53100 Kuala Lumpur
Status Syarikat : Sendirian Berhad
Tarikh Penubuhan Syarikat : 11 Ogos 2003
Tempat Penubuhan Syarikat : Kuala Lumpur
No Pendaftaran Syarikat : 624561- H
Pengarah Syarikat : Nurbaiti Mustafa Kameel
Ahmad Anas Mustafa Kameel
Setiausaha Syarikat : C J Management Consultants Sdn Bhd
Suite 1608, Plaza Pengkalan Jalan Tiong, 3rd Mile, Jalan Ipoh, 53100 Kuala Lumpur
Bank Syarikat : Malayan Banking Berhad
Lot 3799, Pasar Moden Batu 5, Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur
Pendaftaran Kementerian Kewangan : 357 02047059
No. Telefon : 03 4024 8791/8793
No. Faksimili : 03 - 4023 0670
Email : sales.sces@gmail.com
Website : www.sces.com.my